24 Ogos 2024 – Alhamdulillah, Medina Mini Health Carnival telah berjaya dianjurkan buat kali pertama dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan acara ini, serta kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan karnival ini. Penghargaan khas kepada booth jemputan (Alpro Physio, Alpro Pharmacy, Optospek Optometrist, Messy Playdate dan Kelab Derma Darah HSNZ) yang turut serta, menjadikan karnival ini lebih bermakna dan penuh manfaat.
Semoga kita terus diberi peluang untuk bersama-sama dalam program-program akan datang.






































