Isi Kandungan
ToggleAPA ITU DEMAM CAMPAK?
Ia merupakan jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Ia amat mudah berjangkit dan merbahaya.
APAKAH GEJALA DAN TANDA-TANDANYA?
- Demam panas
- Ruam merah kecil
- Selsema
- Batuk
- Mata berair dan merah / konjunktivitis
- Sakit otot
KOMPLIKASI DEMAM CAMPAK
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak
- Cirit-birit
- Radang pada otak (encephalitis)
- Kematian
BAGAIMANA DEMAM CAMPAK MEREBAK?
Ia merebak melalui cecair pernafasan sama ada batuk atau bersin serta menyentuh permukaan yang dicemari cecair pernafasan seperti alat permainan.
SIAPAKAH GOLONGAN BERISIKO DIJANGKITI DEMAM CAMPAK?
- Bayi berumur kurang dari setahun
- Kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi
- Sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak dan tidak pernah mendapat imunisasi campak
APAKAH RAWATAN DEMAM CAMPAK?
Tiada rawatan khusus bagi demam campak. Komplikasi boleh dielakkan jika demam campak dapat dikenalpasti dengan segera.
APAKAH LANGKAH PENCEGAHAN DEMAM CAMPAK?
- Demam campak boleh dicegah melalui imunisasi campak iaitu MMR (measles, mumps dan rubella).
- Vaksin MMR diberikan pada umur 9 bulan dan 12 bulan mengikut jadual imunisasi kebangsaan Malaysia.
APAKAH PERANAN KITA SEBAGAI IBU BAPA DAN KOMUNITI?
- Kita hendaklah memastikan semua kanak-kanak dalam komuniti mendapat imunisasi campak mengikut jadual imunisasi Malaysia.
- Jika didapati ada kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi, galakkan ibu bapa atau penjaga mereka untuk mendapatkan imunisasi tersebut.
- Kanak-kanak yang dijangkiti perlu diasingkan supaya tidak menularkan jangkitan kepada kanak-kanak lain di dalam komuniti.