Dil Se Medina Night 2025: Sebuah Malam Penuh Kasih dan Kenangan

Isi Kandungan

Dil Se Medina Night 2025: Sebuah Malam Penuh Kasih dan Kenangan

Pada tanggal 19 Jun 2025, suasana di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu menjadi saksi kepada sebuah malam yang cukup bermakna – Dil Se Medina Night. Bertemakan kasih sayang dan keikhlasan, majlis ini membawa maksud yang sangat mendalam; “Dil Se” dalam bahasa Urdu bermaksud “dari hati”, menjadikan “Dil Se Medina Night” sebagai simbolik kepada perhimpunan tahunan yang bukan sekadar acara makan malam, tetapi sebuah malam yang diraikan dengan sepenuh hati – untuk seluruh keluarga besar Klinik Medina.

Majlis bermula tepat jam 8 malam dan berlangsung hingga 11 malam, dihadiri oleh barisan penuh tenaga kerja dari lima cawangan aktif kami iaitu Klinik Medina Kuala Nerus, Chendering, Kampung Laut, Kuala Terengganu dan Dungun. Walaupun dua cawangan kami dari Negeri Sembilan – Seremban 2 dan Sendayan – tidak dapat hadir, kemeriahan majlis tetap dirasai dengan kehadiran para shareholder, person-in-charge dari setiap cawangan serta seluruh warga kerja Klinik Medina. Seramai 119 orang hadir malam itu – termasuk staf, anak-anak serta bayi yang menjadi penyeri suasana, menjadikan ia satu perjumpaan yang benar-benar mencerminkan kasih sayang dan kebersamaan.

Dil Se Medina Night bukan hanya sekadar program tahunan, tetapi ia adalah ruang untuk kita meraikan pencapaian, menghargai usaha, dan memperkukuh silaturrahim sesama warga kerja. Dalam dunia yang serba pantas dan mencabar, malam seperti ini menjadi satu peringatan – bahawa setiap detik bersama itu berharga, setiap usaha itu bermakna. Terima kasih kepada semua warga Klinik Medina yang terus menyumbang dengan hati yang ikhlas, dari barisan hadapan hingga ke belakang tabir. Teruskan melangkah dengan semangat dan jiwa yang besar – kerana kita bukan sekadar bekerja, kita membina legasi. Dari hati, untuk ummah. Dil Se, Medina.

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

× Boleh Kami Bantu ?