2024 TERENGGANU WORLD HEARING DAY & WORLD BLOOD DONOR DAY

Isi Kandungan

27 Julai 2024 – Klinik Medina berpeluang menyertai sambutan World Hearing Day dan World Blood Donor Day di UMTCC, anjuran Kelab Derma Darah Terengganu dan ENT HSNZ. Kami dijemput untuk membuka booth saringan kesihatan percuma, yang memberikan kami peluang berharga untuk berkhidmat kepada komuniti.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan pendengaran dan amalan menderma darah. Ramai pengunjung hadir untuk menjalani saringan kesihatan asas seperti pemeriksaan BMI, tekanan darah, Hemoglobin darah merah, gula dalam darah dan sesi konsultasi bersama doktor. Kami berbesar hati dapat membantu mereka yang mungkin memerlukan pemeriksaan kesihatan.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kelab Derma Darah Terengganu dan ENT HSNZ atas jemputan ini. Kerjasama seperti ini amat penting dalam mempromosikan kesihatan di kalangan masyarakat. Kami berharap dapat terus bersama-sama dalam usaha mulia ini pada masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat, dan semoga usaha kita ini memberi manfaat kepada semua.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

× Boleh Kami Bantu ?