Saringan Kesihatan Klinik Medina Kuala Nerus Bersama CPR Hero dan Charity by Medina di PDRM Wakaf Tapai
Pada 6 September 2025 baru-baru ini, Klinik Medina Kuala Nerus telah berpeluang menyertai Program Saringan Kesihatan yang diadakan di Balai Polis Wakaf Tapai bersempana program “πππ πππππππβ πππππππ ππππ πππ ππππππππ ππππππππ πππππ πππππ, ππππππ, ππππππππππ. Menurut PDRM tujuan meingkatkan hubungan baik antara Polis, agensi kerajaan serta komuniti setempat melalui penglibatan dalam program kemasyarakatan. Pada hari tersebut, seramai 9 orang staf dan 2 orang doktor daripada Klinik Medina Kuala Nerus telah terlibat bagi menjayakan program ini. Antara pemeriksaan yang disediakan termasuklah semakan tekanan darah (BP), indeks jisim badan (BMI), paras glukosa, kolesterol, dan beberapa ujian kesihatan asas lain. Bagi klinik kami, program ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan pemeriksaan kesihatan berkala dalam kalangan masyarakat setempat dan anggota keselamatan.
Β Β Dalam program ini, pasukan kami turut membawa dua inisiatif khas iaitu CPR Hero dan Charity by Medina. Melalui CPR Hero, kami memperkenalkan latihan asas menyelamat nyawa seperti CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) dan penggunaan AED (Automated External Defibrillator) kepada orang awam. Inisiatif ini mendapat sambutan hangat daripada para peserta yang teruja mempelajari kemahiran penting ini. Usaha ini bukan sahaja bertujuan memberi pendedahan kepada peserta yang hadir, tetapi juga untuk meramaikan lagi komuniti yang tahu tentang kepentingan CPR dan berani bertindak ketika kecemasan.
Β Β Selain itu, melalui Charity by Medina, kami turut memperkenalkan aktiviti kebajikan dan inisiatif kesedaran sosial yang dijalankan oleh klinik. Salah satu program yang menarik perhatian ialah program penjualan penyu βMembeli sambil Mendermaβ. Dalam program ini, setiap pembelian anak patung penyu akan disumbangkan kepada pusat pemulihan penyu, sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan pemeliharaan hidupan laut. Inisiatif ini bukan sahaja membantu menyokong usaha pemulihan penyu, tetapi juga mendidik masyarakat tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar dan spesies terancam.
Β Β Program seperti ini bukan sekadar memberi manfaat dari segi kesihatan, tetapi turut memperkukuh hubungan antara pihak klinik dan masyarakat setempat. Klinik Medina Kuala Nerus amat berterima kasih kepada pihak Balai Polis Wakaf Tapai atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Kami berharap dapat terus menyertai lebih banyak program sebegini pada masa akan datang β demi melahirkan komuniti yang lebih sihat, prihatin, dan peka terhadap kesejahteraan alam sekitar. Perkhidmatan berkualiti dekat di hati.
Β 







