Program “Generasi Bebas Vape: Pilih Kesihatan, Pilih Kehidupan”

Isi Kandungan

Program “Generasi Bebas Vape: Pilih Kesihatan, Pilih Kehidupan” telah dianjurkan pada 7 Mei 2025, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri (SIF) dan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program ini dilaksanakan oleh mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan Tahun Empat, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di bawah Persatuan Pelajar Diagnostik (DiagSA). Ia merupakan sebahagian daripada keperluan kursus DBB40703 (Case Study/Problem Solving) dan bertujuan untuk mendidik serta menyedarkan remaja tentang bahaya penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.

Program ini melibatkan penglibatan sukarelawan daripada kalangan pelajar Bioperubatan Tahun Empat dan disertai oleh seramai 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri. Pelbagai aktiviti interaktif dan pendekatan pendidikan kesihatan telah dijalankan bagi menarik minat serta menyampaikan mesej secara berkesan kepada para peserta. Fokus utama adalah untuk membina kesedaran, menanam nilai murni serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan remaja.

Kerjasama erat antara pihak universiti dan pihak sekolah telah menjadi kunci utama kejayaan program ini. Pihak penganjur turut mengambil pendekatan komunikasi dua hala dalam setiap sesi agar para pelajar lebih terbuka dalam berkongsi pandangan dan bertanya soalan. Suasana sepanjang program sangat positif dan membuktikan bahawa pendekatan pendidikan kesihatan secara langsung mampu memberi impak besar dalam membentuk generasi bebas rokok elektronik.

Sebagai penutup, program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang risiko penggunaan vape, malah turut memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk mengaplikasikan ilmu secara praktikal dalam komuniti. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan secara berterusan dalam usaha membina masyarakat yang lebih sihat, celik maklumat dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan diri serta persekitaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

× Boleh Kami Bantu ?