Pada 10 April 2025 yang lalu, Klinik Medina Kuala Nerus telah menganjurkan majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri. Majlis yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 2 petang itu berjaya menarik kehadiran ramai tetamu termasuk penduduk setempat, pesakit setia klinik, serta rakan-rakan panel.
Suasana majlis sangat meriah dengan pelbagai juadah tradisional seperti sate, nasi minyak, nasi kuning, dan kuih-muih yang disediakan khas untuk para tetamu. Selain menjamu selera, para pengunjung turut berpeluang beramah mesra dengan kakitangan klinik dalam suasana santai dan mesra.
Majlis ini turut diserikan dengan aktiviti cabutan bertuah serta pemberian goodies bag kepada para pengunjung. Bagi pihak Klinik Medina Kuala Nerus, ini merupakan salah satu inisiatif untuk menghargai sokongan komuniti setempat serta mempereratkan hubungan silaturrahim sempena bulan Syawal yang mulia.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis. Klinik Medina Kuala Nerus sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada anda semua. Jumpa lagi di acara akan datang, insyaAllah!