Kelebihan Susu Ibu Kepada Bayi

kelebihan susu ibu

Isi Kandungan

Setiap ibu bapa ataupun pengaja inginkan yang terbaik dalam tumbesaran anak mereka, bermula dari selepas kelahiran lagi. Kita sebagai ibu seharusnya sedar bahawa pemberian susu ibu mempunyai banyak kelebihan kepada bayi. Ini adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan susu formula yang ada dipasaran. Akan tetapi, apakah sebenarnya khasiat yang terdapat daripada penyusuan susu ibu? Di sini kami akan jelaskan mengenai manfaat dan kelebihan susu ibu terhadap kesihatan si manja.

Antara Kelebihan Susu Ibu :

1. Bayi Lebih Sihat dan Kuat
Bayi yang menyusu badan adalah tipis untuk mendapat pneumonia, demam selesema, dan virus. Keadaan gastrousus seperti cirit-birit, yang boleh membahayakan si manja juga dapat diawasi dan ditangani dengan cara mengalakkan pengambilan susu badan.

2. Tidak Berisiko Menghidap Penyakit Dalam Masa Panjang
Jika anda menyusukan bayi anda, risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti diabetes (jenis I), penyakit seliak, dan penyakit Crohn dapat dikurangkan disebabkan khasiat yang diperolehi daripada susu ibu.

3. Rendah Risiko SIDS
SIDS ataupun sindrom kematian bayi mengejut, adalah keadaan di mana bayi yang sihat mati semasa tidur. Dengan penyusuan susu ibu, Hal ini boleh mengurangkan separuh risiko bayi anda mendapat SIDS.

4. Mampu Mencegah Kanser untuk Bayi
Susu badan boleh mencegah kanser tertentu untuk fasa alam kanak-kanak. Untuk ibu, penyusuan susu badan juga memberi manfaat untuk anda. Antara manfaat yang diperolehi adalah kurang cenderung mendapat kanser payudara pramenopaus dan kanser ovari.

5. Bayi Mendapat Vaksin Yang Terbaik
Kajian menunjukkan bahawa susu ibu mengandungi jumlah antibodi yang tinggi untuk bayi, ini menjadikan mereka bertindak balas lebih baik terhadapa vaksinasi berbanding dengan bayi yang minum susu formula.

6. Bayi Lebih Aman dan Tenang
Sebagai ibu bapa, tiada antara mereka menyukai bayi yang kurang meragam ? Susu ibu terbukti mengandungi bahan-bahan yang menenangkan bayi dan membantunya tidur lebih nyenyak.

7. Bayi Rasa Lebih Selamat
Penyusuan susu ibu memerlukan hubungan fizikal yang rapat antara anda dan si manja. Kehangatan jenis hubungan kulit-ke-kulit ini memupuk ikatan kemesraan ibu dan anak, sekali gus membuatkan bayi anda rasa lebih selamat.

Rumusan

Perlukan khidmat kami untuk membantu menguruskan pendaftaran buku pink ibu mengandung ? atau ingin membuat pemeriksaan kandungan sebelum dan selepas kelahiran ? kami di Klinik Medina mempunyai kepakaran untuk membantu anda. Hubungi kami segera di sini 019-847 1883

One Response

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

× Boleh Kami Bantu ?