Isi Kandungan

Vaksin Meningococcal

  • Menawarkan perlindungan bagi penyakit akibat jangkitan bakteria pada lapisan otak dan saraf tunjang yang boleh menyebabkan hilang upaya kekal.
  • Memberikan perlindungan selama 5 tahun.
  • Digalakkan mengambil bagi individu yang ingin menunaikan umrah atau ke luar negara.
  • Boleh dijangkiti melalui titisan daripada individu dijangkiti atau pembawa tanpa gejala.

 

Vaksin Rotavirus

  • Menawarkan perlindungan terhadap Rotavirus (virus yang menyebabkan jangkitan saluran pencernaan).
  • Rotavirus boleh dijangkiti melalui sentuhan terhadap najis yang mengandungi rotavirus atau melalui makanan dan minuman yang tercemar.
  • Boleh diambil ketika bayi berusia 6 minggu – 6 bulan.
  • Diambil secara titisan ke dalam mulut bayi (oral), bukan melalui suntikan.

 

Vaksin Influenza

  • Menawarkan perlindungan daripada jangkitan virus pada hidung, paru-paru dan tekak.
  • Boleh diambil ketika bayi berusia 6 bulan ke atas.
  • Memberikan perlindungan selama 1 tahun.
  • Bagi individu yang berusia 50 tahun ke atas atau menghidap sebarang penyakit kronik sangat digalakkan ambil vaksin ini.

 

Vaksin Typhoid

  • Menawarkan pencegahan daripada demam tifoid (demam kepialu).
  • Demam kepialu boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang jantung, radang pankreas, jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan pundi kencing.
  • Memberikan perlindungan selama 3 tahun.
  • Wajib diambil oleh pengendali makanan sebelum mula bertugas atau mula mengendalikan makanan.

 

Vaksin Hepatitis A & Hepatitis B

  • Menawarkan pencegahan daripada virus Hepatitis A (radang hati akut) dan virus Hepatitis B (radang hati kronik).
  • Bagi suntikan dewasa, 3 dos diperlukan. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama dan dos ketiga diberikan 5 bulan selepas dos kedua.

 

Vaksin Cacar Air (Chicken Pox)

  • Menawarkan perlindungan bagi penyakit (cacar air) mudah berjangkit yang menyebabkan demam dan kulit yang melepuh.
  • Penyakit cacar air boleh mengakibatkan komplikasi seperti jangkitan kuman dalam darah (sepsis), masalah pembekuan darah, jangkitan pada paru-paru dan otak.
  • Boleh diambil ketika bayi berusia 1 tahun.
  • Virus penyakit ini berjangkit melalui udara dan sentuhan langsung kepada titisan cecair pesakit.

 

Vaksin Hepatitis B

  • Menawarkan perlindungan daripada virus Hepatitis B yang menyebabkan jangkitan pada organ hati.
  • Bagi suntikan bayi, vaksin ini sudah termasuk dalam program imunisasi kebangsaan.
  • Bagi suntikan dewasa, 3 dos diperlukan. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama dan dos ketiga diberikan 5 bulan selepas dos kedua.
  • Hepatitis B disebarkan melalui darah, air mani atau cecair badan lain yang dijangkiti virus.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

× Boleh Kami Bantu ?