Isi Kandungan

Toxoplasmosis adalah jangkitan parasit yang disebabkan oleh parasit Toxoplasma Gondii.

 

Bagaimana seseorang boleh dijangkiti toxoplasma? 

  1. Memakan daging atau makanan bercangkerang (seperti tiram, kerang) yang dicemari oleh parasit ini secara mentah/ separa masak.
  2. Makan makanan yang dijangkiti melalui penggunaan pisau, papan pemotong, atau terkena makanan lain yang dijangkiti parasit toxoplasma.
  3. Meminum air yang tercemar dengan parasit toxoplasma. 
  4. Tertelan tanpa sengaja melalui kontak dengan najis kucing. Contohnya selepas anda membersihkan najis kucing, anda tidak membasuh tangan dengan bersih. 
  5. Termakan tanah yang dicemari toxoplasma seperti tidak membasuh tangan selepas berkebun, atau tidak membasuh buah-buahan atau sayuran sebelum dimakan.
  6. Ibu hamil yang dijangkiti parasit ini juga boleh menjangkiti bayi di dalam kandungan melalui uri.

 

Apakah tanda dan gejala toxoplasmosis? 

  • Kebanyakan individu yang sihat tidak menunjukkan sebarang simptom
  • Sesetengah individu mungkin mempunyai gejala seperti flu, bengkak kelenjar, atau pun sakit-sakit badan
  • Jangkitan toxoplasma yang teruk boleh merosakkan bahagian otak, mata dan organ lain. Biasanya berlaku kepada sistem imunisasi yang rendah
  • Jika ibu mengandung dijangkiti parasit ini, ia boleh dijangkiti kepada bayi di dalam kandungan yang selepas lahir boleh memberi kesan kepada penglihatan dan otak.
  • Jangkitan toxoplasma kepada ibu mengandung juga berisiko menyebabkan keguguran kepada bayi di dalam kandungan.

 

Bagaimana cara untuk anda ketahui jika anda telah dijangkiti parasit toxoplasma?

Terdapat ujian darah yang boleh dilakukan iaitu paras antibodi IgG dan IgM untuk mengesahkan sama ada anda dijangkiti atau tidak.

 

Apakah rawatan untuk jangkitan toxoplasma?

Jika pesakit tidak mempunyai simptom yang teruk atau tidak berisiko untuk mendapat jangkitan yang teruk, rawatan tidak diperlukan. Jika pesakit hamil atau mempunyai sistem imuniti badan yang rendah terdapat rawatan dan ubat yang boleh diberikan. 

 

Apakah kaedah pencegahan daripada jangkitan toxoplasma?

  1. Elakkan memakan makanan separuh masak.
  2. Membasuh bersih makanan, sayuran dan buahan sebelum dimakan.
  3. Mengasingkan papan pemotong yang digunakan untuk memotong daging mentah.
  4. Membersihkan papan pemotong dengan sabun.
  5. Elakkan meminum susu yang tidak dipasteur.
  6. Elakkan meminum air yang tidak dirawat.
  7. Memakai sarung tangan ketika berkebun dan membasuh tangan dengan sabun selepas berkebun.
  8. Elakkan memberi makan daging mentah kepada kucing peliharaan.
  9. Sentiasa membasuh tangan dengan sabun selepas membuang najis kucing peliharaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

× Boleh Kami Bantu ?