DR. NOOR FATEN DAYANA BINTI SAARI

CAIRO UNIVERSITY (EGYPT)

TENTANG DR. NOOR FATEN DAYANA BINTI SAARI

CAIRO UNIVERSITY (EGYPT)

DR. NOOR FATEN DAYANA BINTI SAARI

Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBCh)
Cairo University, Egypt

  • Dikenali sebagai Dr. Faten.
  • Beliau merupakan graduan perubatan dari Cairo University, Mesir.
  • Beliau memulakan kerjaya perubatannya dengan menjalani latihan housemanship di Hospital Sultan Ismail, Johor, dari Julai 2017 hingga Disember 2019.
  • Selepas menamatkan latihan housemanship, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Radiologi, Hospital Sultan Ismail, Johor, dari Disember 2019 hingga Mac 2020.
  • Beliau kemudiannya berkhidmat di Klinik Kesihatan Binjai Rendah dari Mac 2020 hingga Disember 2021.
  • Beliau turut terlibat dalam pengurusan pandemik COVID-19 sebagai Pegawai Perubatan di Bilik Gerakan COVID-19, Pejabat Kesihatan Marang, dari Julai hingga November 2021.
  • Seterusnya, beliau meneruskan perkhidmatan di Klinik Kesihatan Marang dari Disember 2021 hingga September 2022.
  • Beliau kemudian berkhidmat sebagai Doktor Perubatan Am (General Practitioner) di Klinik Safwa, Bukit Payong, dari September 2022 hingga Februari 2023, sebelum meneruskan kerjaya di Klinik Ilyana dari Julai 2023 hingga Julai 2025.
  • Dengan pengalaman dalam pelbagai fasiliti kesihatan, termasuk hospital, klinik kesihatan kerajaan dan klinik swasta, beliau komited dalam memberikan rawatan serta perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada pesakit.
  • Bersama keluarga besar Klinik Medina, beliau berharap dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat, selari dengan perkembangan dan piawaian perubatan terkini.
× How Can I Help You ?