DR. SITI NURUL FARAHAH BINTI MOHD ARIPIN

MBBCh Cairo University

TENTANG DR. SITI NURUL FARAHAH BINTI MOHD ARIPIN

MBBCh Cairo University

  • Dikenali sebagai Dr Farahah.
  • Beliau berasal daripada Kuala Nerus, Terengganu.
  • Beliau merupakan anak ke 4 daripada 5 adik beradik.
  • Beliau melanjutkan pelajaran di Cairo University, Mesir di dalam bidang perubatan selama 6 tahun setengah.
  • Seterusnya, beliau berjaya memperoleh ijazah Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBCh) pada tahun 2017.
  • Beliau memulakan kerjaya sebagai Doktor Perubatan Siswazah (HO) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HNSZ) dan Pegawai Perubatan (MO) di dalam bidang Ortopedik sehingga tahun 2020.
  • Pada tahun 2020, beliau ditugaskan di Klinik Kesihatan Padang Luas,Besut dan kemudiannya di Klinik Kesihatan Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.
  • Sepanjang memberi khidmat bakti di sana, beliau juga merupakan salah seorang ‘Person in Charge’ dalam pemberian vaksinasi Covid-19 di daerah Dungun.
  • Beliau menyertai Klinik Medina pada November 2021.
  • Selain itu, beliau berpengalaman di dalam Ortopedik, bidang pesakit luar, kanak-kanak, penjagaan ibu mengandung, selepas kelahiran serta perancangan keluarga.
  • Bersama Klinik Medina, beliau berharap dapat memberikan khidmat rawatan yang terbaik dan menyeluruh kepada semua pesakit dan memberikan suasana doktor yang mesra untuk seisi keluarga.

 

Minat/interest : Kesihatan Keluarga & Kesihatan Wanita

× Boleh Kami Bantu ?