DR. NURZURIATUL SYAKILLA BINTI MOHD RAZAK

MBBCh University of Mansoura Egypt

TENTANG DR. NURZURIATUL SYAKILLA BINTI MOHD RAZAK

MBBCh University of Mansoura Egypt

  • Dikenali sebagai Dr. Syakilla.
  • Beliau berasal daripada Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
  • Beliau merupakan anak bongsu daripada 8 adik beradik
  • Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Mansoura dalam bidang perubatan selama 6 tahun.
  • Seterusnya, beliau memperoleh Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBCh) pada tahun 2016.
  • Memulakan kerjaya sebagai Doktor Perubatan Siswazah (HO) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu. Kemudiannya menjawat jawatan sebagai Pegawai Perubatan (MO) di Jabatan Perubatan, HSNZ.
  • Pada tahun 2020, beliau ditugaskan sebagai Pegawai Perubatan (MO) di Klinik Kesihatan Seberang Takir (KKST), Kuala Nerus, Terengganu.
  • Sepanjang berkhidmat di KKST, beliau merupakan MO In-Charge (MOIC) bagi Program NCD (Penyakit Tidak Berjangkit) seperti kencing manis dan darah tinggi. Beliau juga berpengalaman dalam memberi rawatan pada ibu mengandung dan kanak-kanak.
  • Beliau juga terlibat sebagai salah seorang auditor dalaman untuk Audit NCD di peringkat Daerah Kuala Nerus.
  • Beliau juga pernah berbakti dan ditugaskan di Pusat Kuarantin IPG Batu Rakit ketika musim COVID-19.
  • Beliau seterusnya mula menyertai dan berkhidmat di Klinik Medina bermula November 2022.
  • Fokus dan pengalaman beliau adalah dalam bidang pesakit luar, kanak-kanak, penjagaan ibu mengandung dan perancang keluarga.
  • Harapan dan fokus utama beliau bersama rangkaian Klinik Medina adalah supaya dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit supaya dikurniakan kesihatan yang optimum disamping menempa kejayaan dan melebarkan sayap bersama keluarga besar Klinik Medina agar lebih maju dan berjaya dalam bidang perubatan dan penyampaian perkhidmatan kepada para pelanggan dan/atau pesakit Klinik Medina.

 

Minat/Interest : Family Medicine

× Boleh Kami Bantu ?