DR. NURLIYANA BINTI YUSOF

MBBS University of Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

TENTANG DR. NURLIYANA BINTI YUSOF

MBBS University of Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

  • Dikenali sebagai Dr Liyana.
  • Beliau berasal daripada Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Beliau merupakan anak ke-4 daripada 6 orang adik beradik.
  • Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
  • Seterusnya, beliau berjaya memperolehi ijazah Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBS) pada tahun 2016 dengan cemerlang.
  • Beliau memulakan kerjaya sebagai Doktor Perubatan Siswazah (HO) di Hospital Kuala Krai (kini dikenali sebagai Hospital Sultan Ismail Petra) dan Pegawai Perubatan (MO) di dalam bidang Obstetric & Gynaecology (O&G) sehingga tahun 2020.
  • Pada akhir 2020, beliau ditugaskan di Jabatan Oftalmologi HSNZ sehingga April 2023
  • Sepanjang berkhidmat di sana, beliau juga merupakan salah seorang yang aktif menjayakan pelbagai program bersama jabatan seperti aktiviti peringkat kebangsaan World Sight Day, Klinik Katarak bergerak dan pelbagai aktiviti bertujuan mencegah kebutaan dan penjagaan mata yang baik dalam kalangan komuniti.
  • Beliau mengambil keputusan untuk menyertai Klinik Medina pada Mei 2023 dengan matlamat yang lebih besar.
  • Beliau berpengalaman di dalam bidang pesakit luar, kanak-kanak, penjagaan ibu mengandung, selepas kelahiran serta perancangan keluarga.
  • Bersama Klinik Medina, beliau berharap dapat memberikan khidmat dan nasihat kesihatan secara holistik seterusnya meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat setempat yang mempunyai pelbagai latar belakang.

 

Minat/interest : Kesihatan Keluarga & Kesihatan Wanita

× Boleh Kami Bantu ?