UNIVERSITY OF ALEXANDRIA (EGYPT)
Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBCh)
University of Alexandria, Egypt (2018)
Dr. Nur Elia Syaheera binti Mohd Sabri merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBCh) dari University of Alexandria, Egypt pada tahun 2018.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan Siswazah (House Officer) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada tahun 2019. Setelah menamatkan latihan siswazah, beliau meneruskan perkhidmatan sebagai Pegawai Perubatan di beberapa jabatan dan fasiliti kesihatan utama, termasuk:
Jabatan Pediatrik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
Klinik Kesihatan Batu Rakit (Penjagaan Kesihatan Primer)
Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Klinik Perubatan Hijraa Chendering (Doktor Residen)
Sepanjang tempoh pengajian di Mesir, Dr. Elia turut aktif sebagai sukarelawan di beberapa buah hospital, sekali gus memperkukuhkan pengalaman klinikal serta kemahiran pengurusan pesakit dalam pelbagai situasi perubatan.
Dr. Elia mempunyai minat profesional khusus dalam bidang Pediatrik serta prosedur pembedahan hands-on, selari dengan pengalaman beliau dalam jabatan pediatrik dan pembedahan.
Pada Februari 2026, Dr. Elia menyertai Klinik Medina dan terus komited dalam memberikan rawatan yang berkualiti, selamat serta beretika kepada masyarakat. Beliau beriltizam untuk mengekalkan standard perkhidmatan yang cemerlang selaras dengan visi dan misi klinik dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang menyeluruh.
Antara kemahiran dan prosedur klinikal yang dikuasai termasuk:
Pemasangan Implanon
Sunat bayi perempuan
Ultrasound antenatal dan asas
Jahitan luka
Suntikan sendi lutut
Pengurusan pesakit luar
Perkhidmatan kesihatan wanita
Dr. Elia dikenali sebagai seorang doktor yang profesional, beretika, mudah didekati serta berdedikasi tinggi dalam memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang terbaik berasaskan amalan perubatan yang berteraskan bukti (evidence-based medicine).
Klinik Medina merupakan salah satu klinik terkemuka di Terengganu. Sehingga kini kami telah mempunyai 5 cawangan sekitar Terengganu dan 1 cawangan di Negeri Sembilan.