DR. NORHANIFA BINTI NGAH @ MOHD JAIZ

Cyberjaya University College and Medical Sciences

TENTANG DR. NORHANIFA BINTI NGAH @ MOHD JAIZ

Cyberjaya University College and Medical Sciences

Cyberjaya University College and Medical Sciences

  • Dikenali sebagai Dr Hanifa
  • Berasal dari Gong Badak,Kuala Nerus
  • Beliau merupakan anak ke-6 daripada 7 adik-beradik
  • Beliau telah menyambung  pelajarannya di Cairo University kemudian menyambung ke Cyberjaya University College and Medical Sciences selama 5 tahun dan telah berjaya mendapatkan Ijazah Kedoktoran MBBS pada tahun 2016
  • Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan Siswazah (HO) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Pegawai Perubatan (MO) di Hospital Sungai Buloh
  • Semasa pandemik COVID-19, beliau berkhidmat di Hospital Sungai Buloh bagi mengendalikan kes-kes COVID. Selepas itu, Dr Hanifa berpindah ke Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur (HRC), dan bertugas di sana dari tahun 2020 hingga 2024 serta berpengalaman selama empat tahun dalam mengendalikan pesakit di Jabatan Rehabilitasi.
  • Pada tahun 2024, beliau kembali ke Terengganu dan menyumbang khidmat di Hospital Setiu sebelum menyertai Klinik Medina.
  • Beliau memainkan peranan utama dalam memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan yang terbaik di tempat beliau bertugas. Di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), beliau bertindak sebagai Pegawai Perubatan Person In-Charge (PIC) untuk Program Pendidikan Perubatan Berterusan (CME), menyokong latihan kakitangan perubatan.
  • Di Hospital Setiu, beliau dilantik sebagai Penyelaras Jabatan Rehabilitasi dan MO PIC bagi Psikiatri, di mana beliau turut mengendalikan kursus psikiatri dan rehabilitasi bagi memperkasa pengetahuan staf. Pengalaman luas dalam bidang pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, serta rehabilitasi
  •  Harapan beliau ialah agar dapat menyumbang untuk masyarakat sekeliling dan meningkatkan kualiti perkhidmatan cemerlang utk komuniti

 

Minat/interest: Rehab Medicine

× Boleh Kami Bantu ?