Widad University College
Beliau merupakan graduan Widad University College dalam bidang Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) pada tahun 2018, selepas menamatkan Foundation in Science di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dr. Mashitah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan Siswazah (House Officer) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan (MO) di beberapa tempat, termasuk:
Jabatan Pediatrik, HSNZ
Klinik Ahlan 24 Jam, Seberang Takir sebagai Resident Doctor
Beliau berpengalaman luas dalam bidang Pediatrik, Perubatan Am dan Kesihatan Komuniti.
Antara kemahiran klinikal beliau termasuk:
Implanon insertion
Sunat bayi perempuan
Ultrasound antenatal & asas
Jahitan luka dan suntikan sendi lutut
Beliau dikenali sebagai seorang yang beretika, mudah didekati dan berdedikasi dalam memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.
Klinik Medina merupakan salah satu klinik terkemuka di Terengganu. Sehingga kini kami telah mempunyai 5 cawangan sekitar Terengganu dan 1 cawangan di Negeri Sembilan.