DR. HIDAYATUL HANIS BINTI HANAPI

MBBS International Islamic University Malaysia (IIUM)

TENTANG DR. HIDAYATUL HANIS BINTI HANAPI

MBBS International Islamic University Malaysia (IIUM)

  • Dikenali sebagai Dr Hanis.
  • Beliau berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik.
  • Beliau melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan selama 6 tahun bermula dari Cairo University dan bergraduasi dari International Islamic University Malaysia (IIUM) pada tahun 2016
  • Seterusnya, beliau berjaya memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) pada tahun 2016.
  • Beliau memulakan kerjaya sebagai Doktor Perubatan Siswazah (HO) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang dan Pegawai Perubatan (MO) di dalam bidang Orthopaedic dan Traumatology sehingga akhir tahun 2019.
  • Seterusnya, beliau meneruskan khidmat di Klinik Kesihatan Karak sehingga akhir tahun 2021 dan berpengalaman sebagai salah seorang Pegawai Perubatan (MO) dalam bahagian ibu dan anak dan pegawai perubatan bahagian “wound care”.
  • Sepanjang kerjaya sebagai seorang pegawai perubatan, beliau merupakan salah seorang ahli persatuan doktor pelatih HOSHAS (HOST), terlibat didalam kursus X-ray interpretasi dan kursus penyusuan susu ibu selama 20 jam anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Bentong dan terlibat secara langsung dengan mobile team Covid-19 Assessment Centre Klinik Kesihatan Karak.
  • Beliau menyertai Team Medina pada Oktober 2021.
  • Beliau sedang melanjutkan pengajian di dalam Professional Diploma in Obstetrics and Gynaecology (O&G) di bawah kelolaan Royal Collage of Physicians of Ireland.
  • Selain itu, beliau juga berpengalaman di dalam bidang pesakit luar, kanak-kanak, “wound care”, orthopedic dan trauma, penjagaan ibu mengandung, selepas melahirkan serta perancangan keluarga.
  • Bersama Klinik Medina, harapan beliau adalah supaya dapat memberikan rawatan berkualiti bukan sekadar rawatan luaran semata-mata tetapi merawat secara keseluruhan termasuk jasmani, rohani dan spiritual.

 

Minat/Interest : Kesihatan Wanita & Keluarga

× Boleh Kami Bantu ?