DR DEANNA TIU XU MAY

MD Universitas Padjadjaran Indonesia

TENTANG DR DEANNA TIU XU MAY

MD Universitas Padjadjaran Indonesia

  • Dikenali sebagai Dr Deanna.
  • Beliau berasal daripada Kota Bharu, Kelantan.
  • Merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik.
  • Beliau melanjutkan pelajaran di Universitas Padjadjaran Bandung di dalam bidang perubatan selama 5 tahun.
  • Seterusnya, beliau berjaya memperoleh ijazah Doctor of Medicine (MD) pada tahun 2016.
  • Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan Siswazah (HO) di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Pegawai Perubatan (MO) di dalam bidang Pediatrik / Kanak-kanak sehingga tahun 2019.
  • Pada tahun 2020, beliau ditugaskan di Jabatan Pediatrik / Kanak-kanak Hospital Pulau Pinang, kemudian dianugerahkan sijil “Credential and Privilege on core procedures in General Paediatrics, Neonatology, Paediatrics Intensive Care, Haematology and Oncology” pada tahun 2021.
  • Sepanjang berkhidmat di sana, beliau juga merupakan salah satu ahli di dalam “Paediatric Pain Free Team”, dan “Medical Officer rotation in charge”.
  • Beliau juga berjaya memperoleh sijil dalam Neonatal Resuscitation Provider (NRP) pada 2021, Advance Paediatric Life Support (APLS) pada tahun 2022, Paediatric Dermatology (Singapore) ASPD pada tahun 2023 serta menjadi ahli dalam Asian Society of Paediatric Dermatology (ASPD) sejak tahun 2022.
  • Beliau menyertai Klinik Medina pada Oktober 2022.
  • Sebagai sebahagian daripada Klinik Medina, matlamat beliau adalah untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer dan hasil kepada pesakit terutamanya dalam kalangan penduduk sekitar. Dengan menerapkan pengetahuan dan pengalaman, beliau berharap dapat menyediakan rawatan dan penjagaan terbaik kepada masyarakat dan menjadi pilihan pertama bagi pesakit terutamanya masyarakat tempatan apabila mereka memerlukan perhatian penjagaan kesihatan.

 

Minat/Interest : Kesihatan Kanak-Kanak

× Boleh Kami Bantu ?