Tentang Kami

Kenali kami di sebalik jenama Klinik Medina, Komitmen terhadap setiap perkhidmatan yang kami berikan kepada anda

Mengenai Kami

Perkhidmatan Berkualiti, Dekat Di Hati

Klinik Medina merupakan salah satu rangkaian klinik swasta kesihatan di Malaysia yang khusus dalam menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi kepada pesakit kami. Dengan pasukan perubatan yang berpengalaman dan peralatan perubatan terkini, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk masyarakat.

Kini, Klinik Medina juga sedang mengembangkan lagi sayap di beberapa lokasi yang strategik di seluruh negeri di Malaysia pada tahun-tahun mendatang dengan berazam untuk menjadi salah satu klinik kesihatan swasta pilihan di hati masyarakat di Malaysia.

Sejarah Kami

Sentiasa Komited Untuk Hasil Terbaik

Klinik Medina telah ditubuhkan sejak awal 2020 dengan harapan untuk meningkatkan kebolehcapaian penjagaan kesihatan di kawasan pinggir bandar dan luar bandar Kuala Terengganu.

Matlamat awal kami adalah untuk ditubuhkan sebagai perintis bagi klinik berkonsepkan butik di Terengganu yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mesra pesakit dan pesona luar biasa.

Konsep Klinik Medina adalah untuk memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan kepada pesakit kami. Kami mahu memberikan keselesaan dan ketenangan bersama perkhidmatan penjagaan kesihatan premium. Inspirasi kami adalah untuk menjadi jenama teratas yang dipercayai untuk klinik mesra ibu dan kanak-kanak di Terengganu.

Kami berharap setiap lawatan ke klinik kami akan menjadi pengalaman yang menggembirakan, menyembuhkan penyakit, menenangkan perasaan dan berhubung dengan komuniti setempat kami dengan seikhlas hati.

“It is health that is the real wealth, and not pieces of gold and silver.”

Nilai Kami

Kualiti Perkhidmatan Terjamin

Visi Kami

  • Membentuk organisasi yang menyediakan servis kesihatan primer yang menyeluruh kepada komuniti sekitar.
  • Menjadi pilihan utama komuniti sekitar sebagai klinik mesra wanita dan kanak-kanak.
  • Memupuk dan menyediakan peluang kerjaya yang dinamik untuk doktor dan kakitangan sokongan

Misi Kami

  • Menyediakan servis perubatan selari dengan perkembangan dan piawaian perubatan terkini.
  • Menyediakan latihan dan kursus kepada kakitangan klinik untuk memberi servis kesihatan wanita dan kanak-kanak yang optimum.
  • Menyediakan ruangan dan kemudahan yang selesa untuk sekeluarga, serta mengurangkan stigma perasaan takut kanak-kanak ketika melawat ke klinik.
  • Memupuk budaya kerja dan persekitaran yang sihat untuk kakitangan dengan memastikan kestabilan kerjaya, pendapatan dan kebajikan pekerja dan keluarga.
Kata Pengarah

Sentiasa memberi yang terbaik untuk anda

Sejak penubuhan kami pada awal tahun 2020, adalah satu penghormatan kami untuk dijenamakan oleh masyarakat tempatan di
Terengganu sebagai salah satu pusat penjagaan kesihatan pilihan utama untuk kesihatan ibu dan anak.

Kami bercita-cita untuk meningkatkan kecekapan dan kebolehcapaian untuk perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi yang mampu dimiliki seluruh rakyat Terengganu.

Kami terus berpegang pada prinsip panduan dan nilai teras kami untuk menjadi penyayang , ikhlas , empati , profesional, menghormati dan menekankan kerja berpasukan.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami. Kami akan berbangga dengan apa yang kami lakukan dan cara kami melayani anda.
“Perkhidmatan Berkualiti , Dekat Di Hati”

Dr Denning
Presiden Medina Group

Lembaga Pengarah

Pengarah Bukan Eksekutif

× Boleh Kami Bantu ?