Cawangan Klinik Medina
Klinik Medina Kg Laut (KMKL) merupakan rangkaian Klinik Medina yang ketiga yang bertapak di Jalan Taman Alam Mutiara 1, Tok Molor, Kampung Laut, Terengganu. Secara rasminya, KMKL mula beroperasi pada tanggal 8 Ogos 2022 sehingga kini.
KMKL mempunya dua (2) orang doctor residen yang bertauliah dan berpengalaman dalam perubatan keluarga dan anak selain memberikan sepenuhnya komitmen dalam memberikan rawatan yang terbaik kepada komuniti sekitar daerah Kuala Terengganu khususnya Kampung Laut, Taman Tok Adis, Taman Alam Mutiara, Bukit Payung dan sebagainya. Klinik yang berkonsepkan homely ini mampu memberikan suatu keselesaan kepada pesakit seolah-olah berada di kediaman sendiri.
KMKL menawarkan beberapa perkhidmatan seperti rawatan ibu dan anak, perkhidmatan berkhatan kanak-kanak lelaki dan perempuan, perkhidmatan umum dan sebagainya. KMKL juga mempunyai khidmat lawatan doktor-doktor pakar yang sangat berpengalaman dalam bidang kardiologi dan juga radiologi.
Sabtu – Khamis (9.00am-11.00pm)
– Waktu Rehat (1.00pm & 7.00pm)
Jumaat (9.00am-11.00pm)
– Waktu Rehat ( 12.30pm – 3.00pm & 7.00pm)
Anda boleh menghubungi kami untuk melakukan temujanji secara atas talian.
Klinik Medina merupakan salah satu klinik terkemuka di Terengganu. Sehingga kini kami telah mempunyai 5 cawangan sekitar Terengganu dan 1 cawangan di Negeri Sembilan.