Cawangan Klinik Medina
Klinik Medina Chendering (KMC) merupakan cawangan kedua Klinik Medina yang terletak berhadapan dengan Balai Polis Chendering di Kampung Simpang Empat, Chendering. KMC memulakan operasi sepenuhnya secara rasmi pada 17 Mac 2022. Fokus KMC adalah memberikan perkhidmatan kepada penduduk Bandar Marang dan Kuala Terengganu serta kawasan sekitar.
Konsep yang diperkenalkan KMC adalah menjadikan sebuah klinik baru di daerah Marang dan Kuala Terengganu yang bukan hanya memberi rawatan jasmani semata-mata namun juga memfokuskan kepada rawatan rohani dan kesejahteraan minda. Masih mengekalkan konsep ‘child-friendly clinic’ yang memberikan keselesaan kepada ibu bapa yang membawa anak-anak ke klinik dan tidak memberi trauma kepada mereka jika datang ke klinik. KMC juga ingin memperkenalkan konsep klinik doktor wanita sepanjang masa tanpa temujanji berbekalkan kapasiti 2 orang doktor residen di sini. Ia sangat memudahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan bila-bila masa sahaja sepanjang waktu operasi.
Di samping itu juga, KMC juga turut menawarkan khidmat lawatan daripada doktor pakar radiologi yang sangat berpengalaman melalui khidmat temujanji. Fokus KMC akan lebih diberikan kepada ‘maternal and women’s health clinic’ pada masa akan datang dan berharap dapat menyediakan lebih banyak perkhidmatan termasuk kaunseling yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan penduduk sekitar.
Terima kasih.
Ultrasound oleh Pakar
Sabtu – Khamis (9.00am-11.00pm)
Jumaat (9.00am-12.30pm)
        (3.00pm-6.00pm)
        (8.00pm-11.00pm)
Anda boleh menghubungi kami untuk melakukan temujanji secara atas talian.
Klinik Medina merupakan salah satu klinik terkemuka di Terengganu. Sehingga kini kami telah mempunyai 5 cawangan sekitar Terengganu dan 1 cawangan di Negeri Sembilan.